top of page

PANDEMIK : Saat Dunia Tertewas , Sinergi Kita Mencapai Bitara

  • MUHAMMAD ARIF HAKIMI BIN MAT ZUKI (IIUM)
  • Sep 15, 2020
  • 6 min read

Dalam mengharungi era globalisasi ini, negara Malaysia turut tidak terkebelakang dalam usaha memanifestasikan sebuah horizon kemajuan demi menggapai Wawasan Kemakmuran Bersama menjelang fajar 2030. Rentetan senario bersejarah negara 63 tahunyang lalu, pelbagai kejayaan dan pemodenan telah diraikan melalui usaha dari setiap lapisanmasyarakat. Namun demikian, kemakmuran yang kita miliki pada hari ini bukanlah mudahuntuk dikecapi oleh para perajurit dan juga wira-wira yang terdahulu. Berduyun-duyunnyawa telah ditumpahkan malah tak terkiranya juga ikhtiar dan pengorbanan telahdilaksanakan oleh orang terdahulu agar generasi kita pada hari ini mampu tersenyum dengannikmat kemerdekaan yang diterima. Lantaran ini jugalah, pihak kerajaan mahupun marhaenharuslah bersama-sama berganding bahu dalam terus menempah lebih banyak lagi falahuntuk negara agar Malaysia terus mampu bersaing secara produktif dalam merealisasikanmatlamat negara bitara di seantero dunia. Hari ini, negara kita sekali lagi telah meraikansebuah kemenangan yang signifikan di mata dunia. Tatkala dunia dikejutkan dengan seranganwabak membunuh yang baharu ditemui, Malaysia masih lagi gah berdiri dan terusmenghindari ancaman ini dari merobohkan benteng kesihatan negara. Wabak yang digelarkansebagai virus COVID-19 ini telah pun menjadi sebuah pandemik yang menewaskan duniaberikutan penularannya yang amat sukar untuk dikawal lebih-lebih lagi dengan situasi duniayang tidak berpenghujung ini. Pandemik yang telah melanda dunia ini akhirnya menular diMalaysia pada awal tahun 2020. Situasi negara pada waktu itu kelihatan kian malap berikutanpeningkatan kes kumulatif yang amat drastik berbanding negara-negara jiran yang lain sabanhari. Tambahan pula dengan isu pertukaran kerajaan dan juga keadaan ekonomi yang kurangstabil, Malaysia dikatakan dalam keadaan yang amat parah sehingga pandangan sarwa ketikaitu menjangkakan tiada lagi sinar di dalam kelam untuk Malaysia. 6 bulan telah berlalu sejakwaktu itu. Hakikatnya, apa yang kita lihat pada hari ini adalah sebaliknya bukan sebuahfantasi kedukaan. Tetapi realitinya, tanah air yang dicintakan ini telah menempa namasebagai antara negara yang paling berjaya dalam memerangi wabak COVID-19 ini. Kejayaanini adalah sangat ajaib. Jika kita lihat pada prolognya, kes jangkitan di negara kita mencapaijumlah purata sehingga 3 angka setiap hari. Kontradiksinya, hari ini jaranglah untuk kita lihatkes di Malaysia mencapai sehingga dua angka jika dibandingkan dengan negara lain yangkurang bernasib baik terus menambah angka mortaliti mereka. Kejayaan yang dimilikibersama ini haruslah dibanggakan dari Malaysia ke seluruh dunia. Tanpa usaha dan iltizamyang diberikan oleh seluruh pihak dan masyarakat, tidak mungkinlah kita masih mampumenikmati keamanan dan kemerdekaan kesihatan yang dimiliki sekarang. Kemenangan yangdikecapi bersama ini adalah melalui faktor-faktor yang amat signifikan dalam memastikanwabak ini tidak terus merempuh benteng kesihatan negara.


Persis kata pepatah arab, ‘siapa yang menanam pasti dia lah yang akan menuai’,kecemerlangan negara dalam menumpaskan COVID-19 ini adalah datangnya dari usahapelbagai pihak secara bersama-sama. Iftitahnya, faktor pertama yang menjanjikankemenangan ini adalah melalui prakarsa kerajaan Malaysia dalam mengelakkan penularanwabak ini dari terus berleluasa. Hal ini demikian kerana kerajaan telah melaksanakanpelbagai inisiatif dalam membendung wabak ini dari terus menular. Berikutan peningkatankes yang mendadak pada awalnya, kerajaan tidak tergesa-gesa untuk terus bertindakmelancarkan Perintah Kawalan Pergerakan. Inisiatif yang diambil ini adalah bertujuan bagimewujudkan penjarakan fizikal dan social antara umum melalui larangan keluar dari rumahbagi setiap marhaen mahupun pemimpin negara melainkan atas sebab keperluan-keperluanasas. Melalui arahan ini, kerajaan juga turut mewajibkan penggunaan topeng muka bagimengelakkan penyebaran jangkita dan juga sentiasa istiqamah dalam memberikan kemas kiniberkaitan isu dan juga keadaan semasa untuk rakyat. Melalui inisiatif ini juga, kerajaanmenghalang sebarang pergerakan merentas negeri. Ini adalah bagi mengawal penyebaran dariterus berleluasa melalui rentasan negeri ke negeri. Kerajaan juga mengambil inisiatif sepertimenyediakan ‘hospital sementara’ dengan segera bagi mengkuarantinkan pesakit Covid-19ini dan juga membuat saringan terhadap golongan-golongan yang berisiko dengan lebihefisien. Tidak kurang dari itu juga, kerajaan turut menyediakan bantuan kepada pelajar danjuga rakyat Malaysia yang di luar negara untuk pulang ke tanah air. Bantuan dari segikenderaan, penyediaan tempat tinggal untuk kuarantin dan juga saringan amatlah efisiendalam memastikan setiap dari mereka mendapat rawatan dan kemudahan yang selesa disamping membendung mereka dari menyebarkan gejala ini. Kesannya, melalui daya usahayang diimplementasikan ini, penyebaran virus ini dapat dikawal dengan jayanya keranamasyarakat tidak bercampur secara bebas dan pesakit atau pembawa virus pula dikawal darimenjadi faktor kepada kluster penyebaran virus ini. Secara tuntasnya, usaha yang dilakukankerajaan ini amatlah berharga dalam membendung wabak ini dari terus berlanjutan. Sepertikata pepatah, ‘condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan’, prakarsa yangdilaksanakan kerajaan ini adalah suatu faktor yang signifikan dalam memastikan kesihatankita pada hari ini masih lagi terjaga.


Selain itu, kemenangan kita ke atas penularan wabak ini juga adalah datangnya dariusaha-usaha para penjawat awam dalam mengelakkan gejala ini dari terus merebak. Dalamtempoh ini, kita dapat menyaksikan setiap daripada penjawat awam bertungkus-lumusmelaksanakan tugasan masing-masing bagi mengawal wabak ini. Misalnya, para doktor danjuga jururawat negara kita memainkan peranan yang amat behena dalam isu ini. Bagimenyediakan saringan, rawatan dan juga perkhidmatan yang holistik terhadap pesakit danjuga golongan yang berisiko ini, mereka menyumbangkan masa yang lebih agar hakkesihatan pesakit ini dapat disempurnakan. Mereka mengorbankan masa bersama keluargayang tersayang agar pesakit-pesakit dapat pulih seperti sedia adanya. Malahan juga, merekahakikatnya turut berkorban nyawa tatkala merawat pesakit ini kerana mereka amatlahterdedah dengan virus ini ketika melakukan sesi rawatan. Tanpa pengorbanan yangdiikhtiarkan ini, tidak mampu untuk kita lihat wajah ceria mangsa-mangsa Covid-19 ini yangdapat pulih seperti sediakala. Selain itu, golongan polis dan tentera juga memainkan factoryang penting dalam mengawal jangkitan ini. Melalui rondaan yang aktif sepanjang masa,polis bertindak untuk mengelakkan masyarakat dari melanggar Perintah Kawalan Pergerakanyang telah pun dilaksanakan. Dengan melaksanakan rondaan ini jugalah, pihak polis dapatmemastikan agar rakyat yang berada diluar mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telahdigariskan seperti penjarakan fizikal dan juga memakai topeng muka bagi menghalangpenyebaran. Pihak tentera bertindak melalui kawalan dan rondaan di sepanjang kawasansempadan antara negeri. Inisiatif yang diambil ini amatlah penting atas asbab bagimengelakkan masyarakat yang merentas negeri menyebarkan virus ini ke negeri-negeri lainjuga. Tidak kurang dari itu juga, golongan tenaga pengajar seperti para guru dan pensyarahmemainkan peranan mereka tersendiri dalam isu ini. Bagi memastikan kecemerlangan dankemenjadian pelajar dalam akademik, mereka tidak lekang menyediakan pelbagai platformpembelajaran yang relevan dengan kehendak zaman terhadap pelalar yang duduk di rumahagar pelajar terus menelaah ilmu walaupun tidak di alma mater masing-masing. Selain itu,terdapat juga pelbagai organisasi bukan kerajaan dan juga para sukarelawan yang turut sertamembantu dengan memberi sumbangan wang, keperluan dan juga tenaga. Natijahnya, setiapperanan yang dimainkan oleh warga penjawat awam ini sedikit sebanyak memberipeningkatan yang dinamik terhadap pengawalan wabak ini dari terus berleluasa. Dalammerumuskan ini, Charles Cahier pernah memberi suatu kata Mutiara, “Kejayaan tidak datangkepada manusia yang leka”. Demikian inilah kita dapat lihat sinar keamanan kesihatan yangkita nikmati ini adalah dek pengorbanan para penjawat awam dalam membendung wabak ini.


Akhir sekali, kejayaan kita dalam membendung pandemik yang menyerang dunia iniadalah berkat sumbangan rakyat sendiri juga yang turut menghulurkan tangan dalambersama-sama menumpaskan penularan ini. Berikutan alternatif-alternatif yang telah pundiambil dan juga digariskan oleh kerajaan, rakyat tidak pun bersikap narsistik malah denganmudahnya mengikut segala arahan yang telah diberikan. Sepanjang tempoh kuarantin yangditetapkan, amatlah kurang sekali bilangan kes di mana rakyat melanggar perintah yang telahdiberikan. Tambahan pula, golongan marhaen yang juga terlibat secara lansung mahupuntidak lansung dengan kluster jangkitan berkongkalikung menjalani saringan bagi memastikanmereka tidak menjangkitkan wabak ini kepada masyarakat lain. Seterusnya, kita dapat lihatamat ramai sekali marhaen yang memberikan sumbangan terhadap mereka yang memerlukan.Tatkala Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan, ramai diantara rakyat yang ditimpakesusahan berikutan ketidakmampuan untuk bekerja akibat kawalan ini. Tetapi, kesusahanyang di alami ini tidaklah ditampung seorang diri. Sungguh ramai sekali rakyat kita yangberjiwa murni turut berkongsi rezeki yang mereka ada kepada yang memerlukan. Sepertiperibahasa ‘berakit-rakit kita ke hulu, berenang- renang kita ke tempian’, sikap bersatu-paduantara rakyat menyebabkan golongan yang ditimpa kesusahan ini dapat di ringan kan bebanmereka melalui bantuan yang diberikan. Impaknya, sikap rakyat yang taat lagi patuh kepadaperintah ini telah pun berjaya menyelamatkan nyawa ramai lagi rakyat daripada diserangpandemik berbahaya ini. Lanjutan dari ini juga, rakyat yang susah dapat dibela hak merekauntuk terus hidup melalui sikap rakyat lain yang tidak bersilengah terhadap kesusahan mereka.


Mognon Me Lauhlin pernah berkata, “Orang yang paling tidak Bahagia ialah merekayang paling takut pada perubahan.” Falah keamanan dan kesihatan yang kita kecapi pada hariini bukanlah mudah. Mutakhir ini, pandemik yang telah pun ditewaskan negara kita telahmembunuh ribuan masyarakat di luar sana. Hari ini, berpuluh lagi negara yang masih lagibertungkus-lumus mengurangkan jumlah kes kumulatif mereka dari terus mencapai angkaribuan. Kejayaan yang kita miliki hari ini adalah hasil usaha setiap pihak yang bertindakuntuk menerima perubahan dan juga menerima norma baharu ini agar anjakan paradigmadapat dilaksanakan bagi menewaskan wabak berbahaya ini. Pada enam bulan dahulu,keadaan tanah air tercinta kita ini umpama tiada sinar di dalam kelam. Tetapi syukur kepadaIlahi, hari ini Malaysia terus gah berdiri sebagai sebuah negara masyhur yang telah punmenewaskan pandemik yang hamper membunuh dunia. Dari Malaysia ke seluruh dunia,kejayaan yang ditempa ini tidak perlulah untuk didabik dada tetapi perlulah untuk dirasainikmatnya kerana setiap kejayaan yang manis itu datangnya dari usaha yang pahit. Kisahistimewa ini telah membuktikan, dengan adanya kesepaduan tanpa mengira latar belakang,kaum, agama dan juga status social, wabak yang melanda dunia telah pun kita kalahkan.Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, dengan muafakat yang terbinaini jugalah negara kita mampu mengorak langkah dengan lebih efektif dalam melahirkanmasyarakat inteligensia yang mampu menjadi permata dunia setibanya kita di horizonWawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Comments


Brought to you by:

Thanks! Message sent.

LOGO 5.png
bottom of page