top of page

COVID-19: PERJUANGAN MALAYSIA DAN DUNIA KITA

  • ANWAR MOHD NOR
  • Sep 16, 2020
  • 6 min read

Pada tahun ini, seluruh dunia telah dikejutkan dengan berita pandemik Covid-19 yang telah menyerang penduduk dunia tanpa isyarat awal. Musuh yang tidak boleh dilihat ini ternyata telah mengubah lanskap hidup dan norma masyarakat seluruh dunia. Amalan basuhtangan bukan lagi dilihat sebagai amalan esklusif sesetengah bangsa sebelum makan tapisudah menjadi amalan wajib sebagai langkah pencegahan global dalam menghadapi serangan halimunan ini. Namun, kita dapat lihat bahawa rakyat Malaysia tidak mudah mengalah walaupun terhadap serang global ini. Langkah demi langkah segera diambil oleh pihak berwajib. Peranan pihak media dan autoriti kerajaan dilihat sangat penting untuk mentadbir negara dan menguruskan kemaslahatan negara. Selain itu, barisan hadapan juga semestinya sangat penting untuk terus menyelamatkan nyawa-nyawa yang telah diserang. Peranan pejuang barisan hadapan sudah semestinya tidak mampu dihargai hanya dengan penghargaan sebagai pejuang negara di peringkat nasional, tetapi jasa mereka melebihi dari itu. Erti kemerdekaan, kebebasan dan perjuangan pada negara Malaysia dan seluruh negara ternyata agak berbeza pada tahun ini. Selain itu, peranan rakyat yang terus mematuhi langkah-langkah dan panduan dari pihak berwajib dalam memerangi musuh halimunan ini juga semestinya melayakkan setiap dari kita untuk digelar sebagai pejuang negara. Malah, lebih dari itu,pejuang kemanusiaan. Setiap kepatuhan kita mungkin telah mampu mengurangkan kadar jangkitan yang banyak apabila tindakan kolektif kita diamalkan bersama. Oleh itu, kita perluterus berjuang bersama. Secara tidak langsung, semua tindakan, usaha dan kebersamaan yang dizahirkan oleh rakyat Malaysia menjadi satu simbolik sebagai mesej yang kukuh dari Malaysia kepada dunia bahawa ujian ini tidak akan melemahkan semangat dan nilai kita sebagai negara yang terus berjuang tapi akan terus diperkukuhkan walaupun dalam krisis pandemik yang mencengkam.


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada18 Mac 2020. Secara jujurnya, tahun 2020 telah mengubah landskap pemikiran dan jangkaan seluruh rakyat Malaysia. Di saat kita mula meyakinkan diri kita yang kita kena bersedia akanmula adanya teknologi kereta terbang dan sebagainya, ternyata 2020 adalah tahun yangpaling mencabar buat seluruh rakyat Malaysia dan juga seluruh penduduk dunia. 2020bukanlah tahun kereta terbang tapi ianya merupakan tahun di mana jarak juga mampumenjadi tanda solidariti kita terhadap keamananan dan keselamatan negara. Begitu juga diseluruh dunia. 2020 bukanlah tahun di mana teknologi menggantikan kita dalam Revolusi Industri yang mungkin kita sering bincangkan dan bahaskan untuk persediaan kita dengandunia baru dalam bidang perindustrian dan ekonomi, tetapi satu tahun di mana keluarga menjadi teman rapat. Institusi keluarga dan jalinan kekeluargaan mula dilihat sebagai prioriti setiap rakyat Malaysia dan global. 2020 juga merupakan tahun di mana kesihatan psikologi dan mental mula dititikberatkan. Pengasingan lokasi, sekatan rentas negeri yang menghalang mobiliti penduduk negara kita dan juga global boleh dikatakan sebagai faktor utama.​


Ternyata, tahun 2020 bukanlah tahun di mana elektik menjadi sumber tenaga yang paling banyak digunakan tetapi tahun di mana amalan basuh tangan merupakan antara cara nyawa terus diselamatkan. Tahun 2020 juga bukanlah tahun di mana jurutera-jurutera dan tenaga pakar akan mula diganti dengan sistem robotik tetapi tahun di mana golongan doktor dan jururawat serta petugas kesihatan dilihat sebagai hero-hero yang menyelamatkan kita darimusuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu membunuh ratusan ribu penduduk dunia dalam masa yang singkat. 2020 juga tahun di mana duduk di rumah juga dilihat sebagai satu tindakan yang paling berani dan wajar dihargai demi memutuskan rantaian jangkitan. Siapa sangka, satu tahun yang dianggap membawa kemajuan yangditunggu sekian lama oleh kita sebenarnya membawa satu jangkitan global yang kemudiannya dilabel sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)?


Tahun ini juga dilihat mampu menjadi bukti sebenar akan nilai sivik kita dan refleksi sebenar nilai kita dalam subjek peperiksaan subjek Sivik & Kewarganegaraan yang selalu dilihat mampu mencapai markah tinggi di peringkat peperiksaan sekolah. Nilai integriti dan akauntabiliti kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab akan diukur dengan lebihtepat di sini melalui praktikaliti amalan berbanding peperiksaan teori tadi. Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP juga, kita dapat lihat bagaimana golongan belia khususnya pelajar di setiap institusi pengajian tinggi atau mahasiswa-mahasiswa di seluruh Malaysia mampu menjadi aset penting dalam negara dan pentingnya kewujudan mahasiswa-mahasiswa dalam membantu usaha-usaha negara. Terutamanya, mereka yang sanggup mengorbankan perasaandan kemahuan mereka untuk terus pulang ke rumah bersama keluarga demi mematuhi arahan kerajaan agar sebarang kemungkinan untuk rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.Pelajar-pelajar juga dilihat sabar dalam mematuhi setiap keputusan dan prosedur yang telah diarahkan oleh kerajaan agar segalanya dapat dijalankan secara sistematik di seluruh negara.Contoh lain pula adalah sumbangan penuntut-penuntut universiti kita sendiri dalam menyiapkan PPE, pelindung muka dan kotak aerosol kepada barisan hadapan. Tahun 2020 juga kita dapat lihat mahasiswa-mahasiswa bersatu dalam membantu antara satu sama lain di peringkat nasional di mana Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar seluruh Malaysia mula menjadi signifikan dalam menyarakan suara pelajar-pelajar terhadap Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Fungsi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kesatuan Mahasiswa juga dilihat signifikan dalam memainkan peranan apabila mereka turut bekerjasama dengan pentadbir-pentadbir universitidi seluruh Malaysia dalam mendalami secara dekat dan menguruskan kebajikan-kebajikan pelajar yang terkandas di kampus di samping memastikan kesedaran kesedaran yang penting itu sampai kepada mereka dalam menghadapi krisis ini secara bersama. Selain itu, wujud juga sukarelawan-sukarelawan mahasiswa yang bertugas dari siang hingga ke malam dalam memastikan makanan sahabat-sahabat mereka di kampus sentiasa terjaga.


Selain dari itu, isu kesihatan yang mungkin jarang menjadi perbincangan oleh rakyat Malaysia sebelum ini telah berubah apablia kita mengalami realiti yang baharu ini.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat menjadi antara organisasi paling utama dalam memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menasihatkan rakyat Malaysia untuk terus menjaga kesihatan di media massa. Kenyataan-kenyataan rasmi serta saluran-saluran Kementerian Kesihatan Malaysia mula diikut secara rapat oleh seluruh rakyat Malaysia dari semasa ke semasa tanpa polemik atau konflik politik. Pematuhan prosedur-prosedur yang dilaungkan oleh kerajaan diikut rapi oleh rakyat agar rantaian dapat terus diputuskan. Tahun 2020 juga dilihat tahun di mana ekonomi rakyat terus menjadi perbincangan utama dan perhatian utama kerajaan. Inisiatif seperi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan juga bantuan RM 200 kepada semua penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan antara langkah yang diambil oleh kerajaan secara segera dalam memastikan kelangsungan ekonomi rakyat.


Sistem pendidikan yang mungkin telah sekian lama dipandang sepi oleh sesetengah kita juga telah berubah corak. Perubahan dan kemajuan sistem pendidikan bukan lagi pilihandalam mana-mana perbincangan tetapi sudah menjadi satu analisis yang mula dibincang secara kritikal di seluruh negara dan media massa. Sudah tiba masanya kita bertindak rasional dalam menerima kemajuan supaya kita tidak tergolong mereka yang menolak kemajuan danterus ketinggalan dalam arus global yang sentiasa dinamik. Secara analoginya, di saat orang sudah berbincang bagaimana hendak ke bulan, kita masih lagi menidakkan kemajuan dan terus mengatakan tidak terhadap sebarang perubahan dari dalam hutan. Perbincangan-perbincangan mengenai sistem pendidikan atas talian atau E-Pendidikan juga dibincang secara serius untuk memastikan semua pelajar mendapat manfaat dari sistem pendidikan inidan tiada seorang pun akan dibiarkan ketinggalan dari manfaat ini. Pelbagai idea dan usaha telah dijalankan secara bersama oleh universiti-universiti, sekolah-sekolah, guru-guru,pensyarah-pensyarah dalam usaha memastikan objektif pendidikan masih lagi tercapai dalammenghadapi normal yang baharu ini. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif dalamdunia pendidikan.​


Namun begitu, sepanjang pelaksanaan PKP ini juga, banyak kes-kes penyebaran berita palsu yang sudah lama menjadi sebahagaian dari penerimaan budaya oleh sesetengah kita. Presiden Indonesia, Presiden Joko Widodo juga dilaporkan mengatakan bahawa ketakutan kita bukan disebabkan oleh penularan virus tetapi panik dan rasa cemas adalah berpunca daripada penyebaran berita palsu. Penularan berita palsu juga dapat dilihat denganjelas di kenyataan-kenyataan rasmi universiti kita sendiri apabila beberapa mesej atau sebaran Whatsapp mengenai covid-19 adalah dilaporkan palsu. Namun, terdapat juga kesan positif dari isu yang berlaku ini. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk SaifuddinAbdullah, laman web sebenarnya.my makin kerap dikunjungi oleh rakyat di seluruh Malaysiauntuk memerika kesahihan berita-berita yang diterima oleh mereka. Ini menunjukkan bahawa kesedaran di peringkat rakyat sudah mula jelas dan tinggi. Hal ini penting kerana budaya yang menjadi duri dalam daging masyarakat kita ini perlu dibanteras segera. Pentingnya budaya meneliti sumber maklumat sebelum sebarang sebaran dibuat. Mentaliti sebar dahulu,periksa kemudian perlu dibuang tanpa sebarang kompromi. Ini secara tidak langsung mencerminkan peribadi kita yang kurang unsur integriti walaupun kepentingan budaya memeriksa sumber sebelum menerima apa-apa maklumat sudah banyak ditekankan dalam tugasan-tugasan akademik di universiti.


Secara konklusinya, sepanjang penguatkuasaan PKP ini, banyak pengajaran kita mampu perolehi. Pelaksanaan PKP juga merupakan tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Malah ianyan juga tanggungjawab kita sebagai sebahagian dari komuniti global yang menghargai nilai kebersamaan dan kemanusiaan dalam menghadapi krisis kehilangan nyawa yang berterusan hampir setiap hari. Pelaksanaan perintah ini juga menyedarkan kita bahawa tindakan ini bukan sahaja mengenai kepatuhansemata-mata tetapi banyak keperluan kebajikan rakyat yang sentiasa perlu menjadi perhatian serta keperluan dalam pelbagai aspek seperti sistem pendidikan yang lebih inklusif terhadapsemua pihak. Kerana itu, cerita mengenai PKP ini bukan cerita mengenai mereka, atau pihaksana. Cerita ini mengenai nilai kita, keluarga kita, peribadi kita, kebersamaan kita, perjuangan kita, sistem negara kita, ekonomi kita, pendidikan kita, kebajikan kita, suara kita, hak kita.Tentang kita. Cerita kita. Dan akhirnya, akan menjadi sejarah kita bersama. Perjuangan ini mungkin tidak lagi menjadi perjuangan peringkat daerah, negeri mahupun nasional. Tapiperjuangan ini telah menjadi perjuangan kita sebagai manusia, perjuangan kemanusiaan.Perjuangan kita. Inilah mesej dari Malaysia ke seluruh dunia.

Comments


Brought to you by:

Thanks! Message sent.

LOGO 5.png
bottom of page