CONTENGAN SEMALAM
- Muhammad Syaqir Aiman Bin Ahmad (IIUM)
- Sep 15, 2020
- 7 min read
"pstttttt..... pstttttt.....psttttt........"
Bunyi semburan berwarna merah darah itu memecah sunyi dan hening pada malam itu.Langit malam menjadi saksi tindakan seorang pemuda yang penuh misteri yang tegar menodai figura-figura kebanggaan anak nusa. Mural hero-hero tanah air dalam memerangi pandemik covid-19 kini dicemari contengan merah yang penuh amarah dan benci.
Tin-tin semburan sengaja ditinggalkan berhamburan di atas jalan berhadapan lukisan mural yang telah dirosakkan.
***
"Fàngxīn ba,wô huì hâo hâo de. Zhàogu hâo nî fùqīn"(Jangan risau, semuanya baik-baiksahaja. Jaga papa baik-baik ya). Pesan sayu wanita berbangsa Cina itu buat anak terunanya.
"Tapi nanti Taoran tak dapat lawat mama". Keluh lelaki itu tanda protes untuk berjauhan dengan ratu hidupnya.
"Tidak mengapa, sekejap sahaja. Nanti dah sembuh, mama pulang lah". Wanita itu menguntumkan senyuman buat meredakan keresahan hati cahaya mata tunggalnya sebelum membelah masuk perut van ambulans yang di arahkan oleh pihak berkuasa.
***
Pagi itu, termenung jauh Ho Taoran di sudut bilik ditemani gumpalan awan putih di padang biru hasil tinjauan dari cermin biliknya. Tanpa sedar empangan matanya pecah mencurahkan arus hangat di pipinya saat dia terkenang akan perbualan terakhir antara dia dan mamanya. Manik-manik jernih gugur berderaian membasahi baju jingga yang dipakainya.
Perbualan terakhir itu juga menjadi peninggalan keramat dan waktu paling bermakna buat Taoran sebelum ditinggalkan oleh mamanya yang meninggal dunia dek menjadi mangsa Covid-19. Menjadi satu-satunya anak dalam keluarga itu membuatkan kesedihan yang di tanggung oleh Taoran menjadi berganda. Betapa mamanya menjadi sumbu semangat dan kitab rujukan baginya untuk memperoleh pesanan-pesanan kehidupan.
"Sejak beberapa hari ni, aku perasan kau asyik mengelamun dan tak fokus dalam kelas. Aku faham kau masih bersedih atas pemergian mama kau. Aku cadangkan untuk kau berehat beberapa hari di rumah dengan papa kau. Jangan risau, nanti aku tolong ajar kau topik-topik baru nanti"
Penuh prihatin dan hemat tutur yang dilafazkan oleh teman sebilik Taoran; Khalif. Khalif dan Taoran masing-masing ialah teman sebilik dan menuntut di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Mereka berdua meneruskan pengajian dalam jurusan Sains Kemanusiaan dan sedang berada di tahun 3 pengajian. Khalif sedar yang sahabatnya itu masih tidak dapat menerima pemergian mama kesayangan itu sepenuhnya lagi. Lebih-lebih lagi apabila Khalif acap kali tersedar dari tidur mendengar tangisan Taoran.
"Terima kasih Khalif, kau memang kawan yang baik selalu ambil berat tentang aku walaupun kita berlainan agama dan bangsa"; balas Taoran penuh penghargaan kerana tersentuh dengan tindakan baik sahabatnya itu.
"Aku kan kawan kau. Aku tak nak tengok kau sedih-sedih. Aku nak kau gembira macam dulu.Perbezaan agama dan bangsa tu bukannya penghalang untuk kita sayang dam prihatin sesama kita betul tak" jawab Khalif penuh keikhlasan.
Taoran mengangguk faham. Petang itu juga Taoran mengemas baju-bajunya untuk dibawa pulang ke rumah. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, lebih mudah untuk Taoran pulang ke rumah untuk menemani papanya yang keseorangan di rumah.
Sebelum memasuki simpang ke rumah, Taoran menghentikan motosikal hitamnya di gerai berhampiran untuk membeli pisang goreng dan kuih muih buat papanya.
"Eh, makcik. Pisang goreng ni…makcik terlebih bagi lah" soal Taoran kepada makcik tua berbangsa Melayu itu.
"Ambil lah nak, makcik sedekah. Makcik bersyukur pada Perdana Menteri kita dengan pengarahkesihatan kita tu. Disebabkan usaha keras mereka, makcik dapat berniaga balik sejak PKP ni dilonggarkan"
Jawapan makcik itu menimbulkan perasaan aneh buat Taoran.
***
“Papa, Taoran ada belikan pisang goreng dengan kuih ni. Nanti makan ya”. Teriak sopan Taoran di dapur sebelum melangkah laju ke biliknya.
“Hăo, xièxie” (Baik, terima kasih). Balas lelaki 40-an itu ringkas.
"Suspek bagi kes menconteng mural perdana Menteri dan beberapa pihak atasan lain sedang disiasat dengan teliti. Sesiapa yang mempunyai sebarang informasi dan maklumat berkenaan dengan kes berkaitan, boleh hubungi nombor yang tertera di kaca TV anda".
Taoran mendengar tajam setiap butir kata yang di keluarkan oleh pembaca berita di biliknya. Badannya seakan mendingin tanpa sebab setelah mendapat perkhabaran itu tadi. Dia mula menggigil dan tangannya menggeletar. Imbauan detik detik yang sukar untuk dilupuskan dari benak fikirnya mengundang panik.
“Tok…tok”.
Pintu bilik Taoran diketuk perlahan.
“Masuklah” jawab Taoran terkejut.
Kelihatan tubuh badan yang cukup sinonim datang menghampiri dengan reaksi penuh khuatir.
Nǐ zěnme le? gàosu wǒ ba (apa yang tidak kena pada kamu ni? Ceritalah pada papa). Soal lelaki itu kepada anak lelakinya.
“Papa, kenapa negara ni tidak adil? Kenapa bangsa kita seperti dianak tirikan dan dilayan seperti pendatang? Mungkin mama pergi sebab mama tak dapat layanan yang baik di hospital waktu tu.
Kenyataan yang dituturkan laju oleh Taoran melukiskan reaksi terkejut pada raut wajah lelaki tua itu. Mungkin ini pertama kali dia melihat sisi anaknya yang sudah cukup kecewa dengan takdir yang dihadapi olehnya.
“Benarkah negara ini tidak adil? Di mata siapakah keadilan itu diukur? Di mata kamukah Taoran? Hanya kerana mama pergi meninggalkan kita, wajarkah untuk kita terus menghukum
negara ini sebagai tidak adil? Papa tidak marahkan kamu untuk berfikir begitu. Kamu masih muda. Papa faham”.
Jawapan ikhlas daripada papanya telah membocorkan takungan air mata yang derasmengalir menghangatkan pipi Taoran. Dia begitu malu dengan dirinya. Dia begitu sedih denganpemergian mamanya sehingga dia dengan semberono melemparkan tohmahan tidak berasaskepada watannya sendiri.
“Pasti mama akan bersedih jika dia melihat kondisi diri kamu sekarang. Dia semestinya inginkankebahagiaan dan keceriaan sentiasa menemani anak kesayangannya Taoran. Kami berduamenamakan kamu Taoran yang bererti bahagia dan ceria di apitkan bersama nama keluarga iaituHo yang bermaksud baik. Kami sentiasa berhajat agar kamu menjadi seorang yang bahagia dansentiasa gembira melakukan kebaikan”. Terang lelaki itu.
Aliran sungai air mata Taoran makin deras tatkala mendengar bicara yang meluncur licindari mulut papanya.
“Papa…Taoran bukan anak yang baik. Taoran nak mengaku sesuatu. Taoran…”
Perbualan antara anak beranak itu berlanjutan sehingga lewat malam. Itu adalahperbualan paling lama yang dilalui oleh mereka berdua selepas kematian wanita terpenting dalamhidup mereka. Di akhir perbualan, lelaki tua itu dengan tenang memberikan tutur katanya yangterakhir bagi anaknya sebagai penutup hari itu.
“Papa tidak marahkan kamu Taoran. Bahkan, papa juga tidak kecewa dengan kamu. Bila kamusudah bersedia, papa sentiasa ada di sisi kamu. Kamu tidak perlu takut”
Malam itu, Taoran tidur bertemankan titisan cecair jernih yang penuh penyesalan dankesyukuran. Dia langsung tidak menyangka bahawa papanya akan memberikan reaksisedemikian rupa. Baginya apa yang dilakukan olehnya itu ialah suatu perkara yang tidak bolehdimaafkan dan telah mengaibkan keluarga. Dia sedar masih ada kesempatan untuknyamembetulkan kekhilafan yang telah dilakukannya.
***
“Jadi, kamulah orang yang bertanggungjawab menconteng mural-mural tu? Soal pegawai polisitu tegas.
“Ya, betul. Sayalah yang menconteng mural-mural tu dengan spray merah. Saya mengakubersalah.” Jawab Taoran terketar-ketar.
Pantas tangan papanya hinggap ke bahunya untuk memberikan sokongan atas keberaniananaknya itu.
“Macam mana kamu boleh terfikir untuk buat macam tu? Kamu tahukan muka siapa yang adapada dinding tu.” Soal pegawai itu lagi dengan tegas.
“Memang silap saya. Saya terlalu ikutkan hati. Bagi saya berita tentang kecekapan frontliners tusatu pembohongan dan permainan politik semata buktinya mama saya terkorban dek Covid-19.Saya terlalu naif menghakimi percaturan takdir”. Balas Taoran penuh kekecewaan.
“Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun. Assalamualaikum tuan”
Terdengar suara-suara sahutan menyambut baik keberangkatan sosok tubuh yang cukupdisegani dan kedatangan pesona yang sentiasa menemani hari-hari rakyat Malaysia dalammemerangi Covid-19.
Taoran berpaling ke belakang. Anak matanya melebar menyaksikan penampilan watak-watak yang selama ini dilihatnya di skrin telefon dan tv semata kini berada beberapa meter tidakjauh daripadanya. Matanya tertancap pada senyuman yang terserlah pada wajah-wajah mereka.Taoran kehairanan.
***
“The king of Malaysia and others sincerely forgive the culprit who bravely tainted the muralwhich portrayed their figures. Surprisingly, the identity of the culprit remained unknown and wasconcealed by the authority” – BBC NEWS
Berita mengejutkan tentang tindakan Sultan dan beberapa orang atasan yang lain yangtelah memaafkan pesalah yang telah menconteng mural mereka telah terbang merata di seluruhdunia menerusi platform-platform berita seantero dunia. Rakyat Malaysia juga riuh setelahmengetahui perkhabaran itu termasuklah Khalif.
“Hebatlah Sultan dan frontliners kita. Mereka maafkan je pesalah tu”. Tutur Khalif kepadaTaoran sambil menikmati roti canai di kafetaria kampus universiti mereka.
“Mestilah hebat, mereka semua tu kebanggaan Malaysia kot”. Balas Taoran penuh teruja.
“Tapikan aku tabik dan hormat betul dekat pesalah tu. Bukan semua orang berani untuk tampilke balai mengaku bersalah. Satu dunia nak tahu identiti pesalah tu. Hebatlah Malaysia. Satudunia kagum dengan tindakan Sultan dan beberapa pihak atasan yang lain sebab rahsiakanidentiti pesalah. Memang terbaik. Pesalah tu pun hebat jugalah bagi aku. Kalau aku jumpa dia,aku nak bagi dia pingat keberanian. Haha.” Khalif berseloroh mengagumi tindakan pesalah itu.
Taoran ketawa kecil melihat telatah dan seloroh Khalif yang seperti keanak anakan.Disebalik tawa kecil tersimpan rahsia yang begitu bermakna dalam hidupnya.
***
Contengan semalam benar-benar menghambat Taoran ke lembah penyesalan dankeinsafan. Pun begitu, peristiwa itu juga menjadi guru yang banyak memberikannya pengajaranbuatnya meneruskan kehidupan sebagai anak Malaysia. Dia sedar tanggungjawabnya bukanlahuntuk meminta ibu bangsa yang terbaik buat anaknya sebaliknya menjadi anak bangsa yangsentiasa berjasa buat ibu bangsanya.
Taoran menjadikan kejadian ini sebagai peluang keduanya untuk menjadi seorang anakbangsa yang baik buat negaranya. Jika Nabila Razali memerlukan peluang kedua untuk menebuspercintaannya dengan bekas kekasih, tapi bagi Taoran peluang kedua ini menjadi bukti untuknya menzahirkan kisah percintaannya terhadap watannya sendiri.
Setiap kejadian yang berlaku sepanjang dia diuji dengan episod kesedihan itu juga memberikannya definisi baharu terhadap perkara yang selalu diremehkan olehnya.
Syukur. Untuk menghargai sesuatu itu tidak semestinya perlu didampingi oleh ganjaranyang besar dan gah, malah sekecil-kecil perkara dan kejadian juga mampu menjadi cerminankesyukuran dalam apa jua keadaan. Misalnya makcik pisang goreng yang bersyukur keranadiberi kesempatan untuk berniaga kembali. Lebih molek lagi, apabila rasa syukur itu dikongsibersama dengan orang lain melalui berkongsi rezeki bersama orang lain. Itulah kesyukuran.
Sahabat. Bangsa dan agama itu seharusnya tidak menjadi kriteria wajib dalam bersahabat. Malah dalam Islam juga penciptaan manusia yang berlainan bangsa dan suku juga adalah untukberkenal-kenalan juga. Khalif; satu imej yang benar-benar menjalankan fungsi dan peranannyasebagai kawan. Dia ada disaat susah dan senang sahabat karibnya itu. Nasihat dan prihatinnyamenghadirkan tenang dan nyaman buat si teman yang gelisah. Itulah persahabatan.
Maaf. Istilah yang mengandungi abjad yang minima ini sesungguhnya memiliki kuasadan impak yang begitu maksima dalam menentukan nasib dan kehidupan seseorang. Taoranbernasib baik kerana dikurniakan insan yang begitu murni jiwanya menghadiahkan benda yangberharga itu padanya. Buruk sangka dan amarah adalah racun dan bisa yang sentiasa menjadiduri dalam daging dan musuh dalam selimut dalam sesebuah perhubungan. Tetapi, racun danbisa dapat disembuhkan seandainya sikap berlapang dada dan toleransi dijadikan amalan. Palingpenting jika perkara ini diadunkan sekali dalam setiap perhubungan. Itulah kemaafan.
Comments