RAYUAN ROHINGYA
- Azhari bin Azizi
- Sep 15, 2020
- 7 min read
“Tembak semua yang kau nampak, yang kau lihat!”
“Bunuh semua yang kau nampak, sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa!”
Arahan-arahan inilah yang diberikan kepada tentera Myanmar oleh pihak atasan mereka, sebelum mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai di daerah Rakhine terhadap warga Rohingya. Ini bukan rekaan, bahkan ia merupakan pengakuan daripada dua orang tentera Myanmar yang menjadi saksi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada 8 September 2020.
Kisah mereka hanyalah menambah kepada ratusan kisah-kisah lain yang pernah didokumentasikan. Kepala orang-orang tua dipenggal, wanita-wanita dirogol, kampung- kampung diserang dengan raifal, parang, dan pelontar api.
Dalam sebuah laporan pada tahun 2017 daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa Ontario, mengatakan bahawa terdapat 34,000 orang Rohingya dicampak ke dalam api, 114,000 dipukul, 18,000 wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol, dan 115,000 rumah warga Rohinya dibakar.
Dalam sebuah laporan lain, saksi-saksi kekejaman menggambarkan bahawa tentera Myanmar mengikat rambut dan tangan wanita-wanita Rohingya pada pokok-pokok dan merogol mereka. Rumah-rumah mereka juga akan dibakar. Apabila kanak-kanak cuba lari daripada rumah yang terbakar tersebut, anak-anak itu dipaksa oleh tentera Myanmar untuk masuk kembali ke dalam rumah. Di hutan-hutan, terdapat wanita dan kanak-kanak perempuan berlari ketakutan dalam keadaan bogel. Di kampung-kampung pula, mayat-mayat wanita bergelimpangan dengan darah yang banyak di celah kelengkang.
Begitulah realiti yang dihadapi oleh orang Rohingya, sehingga mereka digelar “minoriti yang paling tertindas di dunia” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Realiti mereka yang begitu mengerikan inilah yang menyebabkan mereka menggagahkan diri untuk berjalan kaki ke Bangladesh untuk mendapatkan perlindungan.
Hal ini menyebabkan kini, hampir 2 juta pelarian Rohingya berada di Bangladesh, menyebabkan Bangladesh menjadi amat sesak dengan pelarian. Hal ini pula mengakibatkan, menyebabkan ramai pelarian Rohingya mencari tempat yang lebih selesa dan kondusif untuk meneruskan hidup.
Sejak sekian lama, Malaysia telah menjadi salah satu destinasi utama pelarian Rohingya selepas Bangladesh. Sehingga Julai 2020, terdapat lebih 100,000 pelarian Rohingya di Malaysia yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR). Walau bagaimanapun, dianggarkan jumlah keseluruhannya ialah sekitar 200,000 pelarian Rohingya di Malaysia.
Walaupun bilangan pelarian Rohingya di Malaysia ialah yang paling tinggi di rantau Asia Tenggara, nama Malaysia telahpun buruk berkali-kali berkenaan isu pelarian Rohingya ini. Terbaharu, pada bulan Mei yang lepas, kerajaan Malaysia telahpun dikritik kerana menghalau bot-bot yang membawa ratusan pelarian Rohingya ke laut, walaupun setelah memberikan bekalan makanan untuk perjalanan mereka.
Krisis Mei 2020 ini juga telahpun menyaksikan beberapa buah bot pelarian Rohingya terperangkap di laut kerana seletah dihalau daripada perairan Malaysia, bot-bot tersebut cuba kembali ke Bangladesh namun turut dihalau, sebelum akhirnya Bangladesh beralah dan menerima masuk bot-bot ini.
Insiden yang lebih kurang sama telah berlaku pada Mei 2015, apabila negara-negara Asia Tenggara telahpun digelar "bermain ping pong manusia" apabila bot-bot pelarian Rohingya ditolak secara bergilir-gilir ke laut apabila cuba mendarat di Indonesia, Thailand, dan Malaysia. Hal ini juga mengundang kecaman daripada dunia, walaupun akhirnya “ping pong” ini tamat dengan Malaysia menerima bot-bot tersebut.
Di sebalik kecaman demi kecaman daripada dunia, perkara yang dunia patut tahu ialah walaupun Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, Malaysia masih menempatkan pelarian-pelarian daripada pelbagai negara termasuklah Rohingya. Selama bertahun-tahun, Malaysia telah "menutup mata" terhadap kewujudan mereka walaupun mengikut undang-undang negara, pelarian tergolong dalam kelompok "pendatang asing tanpa izin" atau PATI, dan boleh dihukum.
Jika dibandingkan dengan negara-negara dunia yang lain, Malaysia yang telah menerima sekitar 200,000 pelarian itu jauh lebih baik berbanding negara jiran, sedangkan Indonesia yang hanya menerima sekitar 1,200 pelarian, dan Thailand yang menerima sekitar 5,000 pelarian. Untuk perspektif, untuk setiap seorang pelarian Rohingya di Indonesia, Malaysia menempatkan 166 orang pelarian.
Sebab itu, krisis ini menjadi bebanan yang tidak adil kepada negara Malaysia dan Bangladesh. Sepatutnya, isu sebesar ini perlu diselesaikan melalui kerjasama serantau, berganding bahu menyelesaikan masalah dan menanggung beban, bukan sebagai negara- negara yang terpisah dan mementingkan diri sendiri.
Atas bebanan yang tidak seimbang ini, Bangladesh dan Malaysia telahpun menyuarakan hasrat untuk tidak lagi menerima pelarian Rohingya. Namun, setiap kali perkara ini disuarakan, respon dunia seolah-olah Bangladesh dan Malaysia kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Ketidak-adilan ini juga yang menyebabkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 pada Jun 2020, bahawa Malaysia tidak boleh menerima lagi pelarian Rohingya kerana mempunyai sumber dan kapasiti yang terhad, khasnya ketika situasi pandemik COVID-19.
Beliau juga menggesa kerjasama yang lebih erat antara negara-negara serantau untuk menyelesaikan krisis ini, khasnya Myanmar yang menjadi punca krisis ini berlaku.
Namun seperti biasa, tiada penyelesaian. ASEAN, sebagai persatuan serantau, telah berkali-kali gagal dalam menyelesaikan isu Rohingya.
Mengapa ASEAN tidak berjaya menangani isu ini?
ASEAN atau Persatuan Negara Asia Tenggara telahpun bersetuju dengan piagam ASEAN. Salah satu kandungan piagam tersebut ialah Prinsip 2(i) Perkara 2 Piagam ASEAN, “menghormati kebebasan asasi, menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia dan menggalakkan keadilan sosial.”
Hal ini bermaksud, semua negara-negara ASEAN bersetuju untuk mengangkat hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat dikuatkuasakan oleh ASEAN kerana adanya Prinsip 2(e) Perkara 2 Piagam ASEAN menggariskan prinsip “tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara Anggota ASEAN.”
Atas sebab inilah, sekalipun negara-negara ASEAN semuanya menentang kekejaman Myanmar terhadap Rohingya, tidak ada apa-apa yang boleh ASEAN lakukan kerana ia dikira sebagai campur tangan dalam urusan dalaman negara Myanmar. Pun begitu, tidak semua negara-negara ASEAN bersuara berkenaan Rohingya. Hanya negara Indonesia dan Malaysia sahaja yang berterusan menyuarakan isu ini.
Sejak tahun 2017 lagi, negara-negara ASEAN telah berbincang berkenaan isu ini, namun tidak ada satu pun perbincangan tersebut berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia dan pembunuhan beramai-ramai warga Rohingya oleh tentera dan ekstremis Buddha Myanmar. Hal ini kerana untuk membincangkan sesebuah resolusi, ia memerlukan konsensus daripada semua negara ahli ASEAN. Malangnya, perbincangan resolusi berkenaan perkara ini sentiasa dihalang oleh Myanmar.
Contohnya, ketika Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) yang ke- 38 pada tahun 2017, Indonesia telah mencadangkan resolusi untuk “semua pihak…menghentikan keganasan yang sedang berlaku terhadap Rohingya di daerah Rakhine”. Namun, resolusi ini ditolak kerana Myanmar telah menghalang resolusi ini daripada dibincangkan.
Ada juga beberapa perbincangan berkenaan Rohingya yang berjaya dijalankan oleh ASEAN, namun perbincangan-perbincangan tersebut lebih menjurus kepada cara dan proses repatriasi pelarian, bukan berbincang berkenaan punca masalah tersebut.
Misalnya, pada tahun 2019, Pusat Koordinasi ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan telah membuat kajian untuk melakukan proses repatriasi 1 juta pelarian Rohingya di Bangladesh. Namun, kajian terhadap perkara ini amat bermasalah kerana ia dijalankan tanpa berbincang dengan para pelarian tersebut sendiri, serta proses repatriasi itu dibincangkan tanpa keselamatan dan hak asasi para pelarian tersebut. Apa masalahnya? Ia menjadi masalah jika repatriasi dijalankan tanpa mengambil kira perkara-perkara ini, tidak ada jaminan berkenaan keamanan dan kebebasan. Apa yang menghalang Myanmar daripada meneruskan genosid kepada pelarian yang telah menjalani proses repatriasi?
Justeru, apa yang sepatutnya dilakukan oleh negara-negara ASEAN untuk membantu menyelesaikan isu Rohingya ini?
Pertama dan terutama, negara-negara ASEAN perlu bertegas dengan Myanmar atas pelanggaran hak asasi manusia yang dahsyat di negara tersebut.
Kata Brad Adams, Direktor Asia Human Rights Watch, “negara-negara ASEAN sepatutnya meninggalkan mantra ‘tidak campur tangan’ yang membahayakan itu serta menunjukkan kesediaan untuk merespon terhadap kezaliman dan keengganan Myanmar bekerjasama dengan agensi antarabangsa.”
Piagam yang asalnya diletakkan untuk menjaga kedaulatan negara ahli telahpunhilang fungsinya apabila pembersihan etnik di Myanmar telah menyebabkan krisis pelarianyang sangat besar sehingga menggugat kedaulatan sempadan negara-negara ASEAN.
Maka, dengan mengetepikan dasar tidak campur tangan ini, kekejaman Myanmarboleh bebas dibincangkan dalam persidangan-persidangan ASEAN, dan langkah yang lebihtegas boleh diambil untuk mendesak Myanmar menghentikan keganasan terhadap Rohingya.Antara tindakan tegas yang boleh diambil oleh ASEAN ialah mengecualikan Myanmardaripada kelebihan-kelebihan negara anggota ASEAN seperti mengecualikan Myanmardaripada zon perdagangan bebas ASEAN (AFTA).
Di samping itu, ASEAN juga perlu mendesak Myanmar membuka sempadan untukbantuan kemanusiaan, wartawan, serta pegawai-pegawai penyiasat daripada agensiantarabangsa masuk ke Arakan, tempat tinggal orang Rohingya.
Bagaimana pula dengan krisis pelarian semasa?
Untuk menangani keadaan mendesak semasa iaitu krisis pelarian, negara-negaraASEAN boleh berkongsi beban pelarian ini bersama, berat sama dipikul ringan samadijinjing. Negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, dan Thailand yang sering menjadilokasi tujuan pelarian Rohingya yang datang menggunakan bot boleh dijadikan pusat transitpelarian untuk mengagihkan pelarian tersebut ke negara-negara ASEAN yang lain.
Jika negara tersebut kecil ataupun padat sehingga tidak mampu menampung pelarianseperti negara Singapura, mereka boleh menyumbang dana untuk membiayai pelarian dinegara ASEAN yang lain.
Selain itu, negara-negara ASEAN juga boleh membantu dalam proses mencari bot-bot pelarian yang hanyut di lautan dan membawa mereka ke tempat-tempat yang selamatuntuk didaftarkan dengan UNHCR dan ditempatkan di tempat yang sepatutnya.
Tambahan lagi, negara-negara dunia yang sentiasa lantang menyokong hak asasimanusia seperti negara-negara Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Kanada, danlain-lain juga perlu turut membantu dalam isu ini. Bantuan langsung termasuklah menerimapelarian Rohingya untuk ditempatkan di negara mereka, ataupun memberikan dana untukmembiayai pelarian di negara-negara lain. Bantuan tidak langsung boleh diberikan dalambentuk memberi tekanan yang kuat dan berterusan terhadap Myanmar, mendesak agarmereka menghentikan penindasan terhadap Rohingya, serta menjamin keselamatan dan hakasasi pelarian Rohingya apabila dihantar pulang ke Myanmar.
Semua ini, bergantung kepada kesediaan ASEAN untuk mengetepikan dasar tidakcampur tangan dalam piagam ASEAN. Hal ini kerana, tanpa mengetepikan dasar ini, tiadadesakan dapat dibuat terhadap kerajaan Myanmar. Jika tidak ada desakan terhadap kerajaanMyanmar, negara-negara ASEAN tentunya keberatan untuk membantu pelarian Rohingyakerana konflik ini dilihat sebagai tidak berpenghujung. Jika negara-negara ASEAN punenggan membantu, bagaimana pula dengan negara-negara luar?
Dasar tidak campur tangan ASEAN tidak sewajarnya dijadikan perisai olehMyanmar untuk meneruskan kezaliman. Hal ini dinyatakan oleh mantan Perdana MenteriMalaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu (UNGA) ke-73 pada tahun 2018. Kata beliau, dasar tidak campur tangan tidak bolehditafsirkan sebagai negara-negara boleh melakukan pelanggaran hak asasi manusia yangserius sedangkan dunia tidak melakukan apa-apa.
Adakah Malaysia boleh lakukan lebih baik?
Tentu sekali. Malaysia boleh memperbaiki layanan terhadap pelarian. Contohnya,pelarian di Malaysia dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Atas sebab itu,pelarian Rohingya tidak dibenarkan bekerja dan sukar mendapatkan pendidikan. Keadaan inimembawa kepada masalah-masalah lain seperti jenayah dan bekerja tanpa permit yang sah.Istilah PATI juga membawa bersama segala konotasi negatif jenayah yang sinonim denganperkataan PATI.
Meskipun terdapat banyak lagi ruang penambah baikan, ia tidak dapat dinafikanbahawa Malaysia merupakan antara negara yang terkehadapan dalam membantu pelarianRohingya.
Akhir sekali, mudah untuk negara-negara dunia menyelar Malaysia kerana engganmenerima pelarian Rohingya. Hal ini kerana, selama ini, krisis Rohingya ini tidak kelihatanteruk dek kewujudan segelintir negara seperti Malaysia dan Bangladesh yang berbaik hatimenerima pelarian Rohingya. Maka semua orang boleh tidur lena kerana tahu ada yangberkorban atas nama kemanusiaan.
Kini, apabila segelintir negara tersebut mengatakan bahawa mereka tidak lagimampu menerima pelarian Rohingya, terserlah kembali kebobrokan sifat kemanusiaanmanusia. Maka ramai yang mengambil jalan mudah, salahkan sahaja mereka yang selama initelah berkorban. Tanpa mengira negara-negara lain yang tidak mengendahkan langsung krisisini terus diam membatu, diam seribu bahasa.
Sepatutnya, dalam mendepani krisis Rohingya ini, kita perlu bergerak bersama-samasebagai satu umat manusia. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.Mengharapkan Malaysia dan Bangladesh sahaja untuk menangani krisis ini ialah tuntutanyang sangat tidak adil. Ayuhlah bersama-sama, bertindak menyelamatkan orang-orangRohingya yang tertindas.
Inilah rayuan kami, dari Malaysia ke seluruh dunia.
RUJUKAN https://www.nytimes.com/2020/09/08/world/asia/myanmar-rohingya-genocide.html
https://www.aa.com.tr/en/asia-pacific/rohingya-schools-shops-set-on-fire-in-myanmar-report/1475109
https://www.theguardian.com/world/2018/sep/18/tied-to-trees-and-raped-un-report-details-rohingya-horrors
https://www.unrefugees.org/emergencies/rohingya/
https://www.unhcr.org/en-my/figures-at-a-glance-in-malaysia.html
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/30/tee-share-our-burden-by-taking-in-200000-rohingya-refugees
https://www.aljazeera.com/news/2020/06/unwanted-bangladesh-malaysia-reject-rescued-rohingya-refugees-200610004345553.html
https://www.theguardian.com/world/2015/may/14/migrant-crisis-south-east-asia-rohingya-malaysia-thailand
https://www.aa.com.tr/en/asia-pacific/infographic-top-rohingya-hosting-countries/1563674
https://www.aljazeera.com/news/2020/06/rohingya-refugees-malaysia-pm-asean-meet-200626100301937.html
https://asean.org/wpcontent/uploads/images/archive/publications/ASEAN-Charter.pdf
https://www.thestar.com.my/news/focus/2020/02/23/comment-why-asean-must-act-on-icj-ruling-on-therohingyafbclid=IwAR0GKroWX92OzoDyFrcTivtApZbi4pmCvBEt6WkEgwcyS04_INHs8qFS_ss
https://www.aa.com.tr/en/asia-pacific/asean-lawmakers-shelve-resolution-on-rohingya/914596 https://www.hrw.org/news/2020/06/26/asean-overhaul-regional-response-rohingya-crisis
Comments