top of page

Perpaduan Dalam Detik Yang Tidak Terjangka

  • Muhammad Nurhakkim Bin Abd. Ghani (IIUM)
  • Sep 15, 2020
  • 7 min read

Masih terngiang lagi lagu Negaraku berkumandang di corong radio seusai sahajamjarum jam melepasi detik 12 malam tanggal 31 Ogos tahun ini. Lagu-lagu berunsur patriotik mula didendangkan kepada pendengar-pendengar yang tidak jemu mendengarnya sepanjang hari kebangsaan. Tidak cukup dengan itu, berwarna-warni rumah-rumah di sekitar dengan hiasan Jalur Gemilang sebagai simbolik kepada penghayatan semangat cinta akan negara. Anak-anak muda pula, yang meraikannya di media sosial dilihat masih mampu menyambut hari kemerdekaan dengan kreativiti masing-masing walaupun negara masih lagi diuji dengan wabak virus Covid-19 tahun ini. Walaupun pandangan rakyat kini tertumpu kepada kes jangkitan virus harian yang dilaporkan di kaca televisyen, masih ada usaha-usaha proaktif dalam memastikan sambutan terpenting negara ini tetap dirai di setiap pelosok negara. Namun, tanpa perarakan yang gamat dengan pengujung kelihatan di Stadium Merdeka, sambutan hari kebangsaan tahun ini disambut dengan agak sunyi jika dibandingkan dengan sambutan pada tahun-tahun sebelumnya. Ternyata penyebaran virus maut Covid-19 ini memberi impak buruk kepada kehidupan rakyat Malaysia terutamanya dalam sektor ekonomi. Penguakuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada akhir bulan Mac merencatkan pertumbuhan ekonomi negara di kala negara-negara maju lain seperti negara jiran Singapura masih bergelut untuk mencapai kadar kebolehjangkitan virus Covid-19 kepada sifar. Kehilangan pekerjaan, kekurangan wang simpanan dan bekalan makanan adalah antara kesan negatif daripada penutupan sektor ekonomi negara. Setelah kerajaan melonggarkan sekatan perjalanan pada bulan 7 juga mengandaikan kesan buruk penyebaran wabak Covid-19 ini tidak akan lenyap dalam masa terdekat. Tidak mampu dinafikan bahawa tahun 2020 ini bakal memahat sejarahnya di memori setiap individu ekoran kesan buruknya yang sukar dipulihkan sehingga ke hari ini. Namun, jika kita menelusuri perkara ini daripada konteks yang berbeza, dapat dilihat beberapa impak positif yang tidak terjangka lebih-lebih lagi dalam konteks penyatuan rakyat Malaysia dalam mengharungi musibah ini.


Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Peribahasa ini sering kita gunakan untukmemperihalkan kesatuan masyarakat dalam menghadapi segala dugaan yang menimpa. Pelbagai masalah dapat diatasi dengan semangat muafakat yang utuh dalamkalangan rakyat. Namun, lain pula halnya jika kita kaitkan maksud tersirat peribahasaini dalam konteks masa kini. Seperti yang kita sedari, istilah norma baharu telahdiaplikasikan oleh rakyat Malaysia khususnya ketika negara perlu mencaripenyelesaian terbaik dalam membendung penyebaran wabak Covid-19 tahun ini.Antara norma baharu yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan termasuklahpenjarakan sosial. Penjarakan sosial dalam lingkungan satu meter dilihat mampumengurangkan kemungkinan jangkitan virus melalui udara terhadap seseorang. Halini juga menyaksikan segala rapat umum ataupun perjumpaan hanya boleh dihadirioleh tidak lebih daripada had-had tertentu bergantung kepada keluasan kawasanperjumpaan tersebut. Dengan cara ini, masyarakat dapat meminimumkan perjumpaantanpa ada tujuan penting sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.Berbalik kepada perspektif peribahasa yang telah dinyatakan, mungkin ramai yangterlepas pandang bahawa penjarakan sosial juga merupakan salah satu bukti yangrakyat dapat menunjukkan perpaduan antara mereka walaupun melalui kehidupandengan norma baharu. Kunci utama kepada penjarakan sosial ini adalah kesepakatandalam pendapat antara setiap individu. Pada awal Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan, tidak dapat dinafikan bahawa masih ramai lagi yang tidakmengambil endah tentang isu virus maut ini. Malah, mereka tanpa segan silumempersoalkan kewajaran pelaksanaan sekatan perjalanan dan penjarakan sosialpadahal segala peraturan terbabit adalah demi kebaikan bersama. Selang beberapaminggu, situasi ini dilihat menunjukkan trend menurun dengan rakyat dapat menerimaperubahan ketara ini dalam kehidupan mereka. Berasaskan angka-angka kes harianjangkitan wabak virus yang diumumkan oleh Pengarah Kesihatan setiap hari, kadarpematuhan yang tinggi dalam kalangan masyarakat terhadap norma baharu dilihatberupaya menurunkan kadar jangkitan harian tempatan secara amnya. Secara tidaklangsung, hal ini dilihat sebagai petanda positif dalam usaha mengurangkan kadarkebolehjangkitan tempatan pada satu digit yang membawa kepada pembukaanekonomi negara secara strategik tanpa ada masalah. Faktor utama yang menyumbangkepada kadar pematuhan yang tinggi dalam kalangan masyarakat adalah atas dasarkesatuan antara satu sama lain. Tanpa ada sifat kesatuan ini, mana mungkin kita dapatmengurangkan jumlah kes jangkitan harian yang dilaporkan setiap hari. Setiap rakyatMalaysia sedar bahawa jika mereka tidak mengamalkan norma baharu ini dengansegera, kelak mereka tidak mampu kembali kepada kehidupan harian mereka sebelumini. Ternyata, penjarakan sosial, yang turut termasuk dalam norma baharu ini seakanmempengaruhi peribahasa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ini secara tersuratdalam menyesuaikan peribahasa tersebut dengan konteks masa kini. Hal ini bukanbermakna penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia adalah mustahil dalam situasigenting ini, bahkan menguatkan lagi tahap perpaduan dalam kalangan rakyatwalaupun tidak bersama dari segi fizikal.


George Santayana, seorang ahli falsafah Barat pernah menukilkan bahawa sesiapayang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya kembali. Berdasarkan kata-kataini, dapat disimpulkan bahawa pengetahuan sejarah amat penting dalam setiap mindamanusia sebagai cara terbaik bagi menghalang sebarang masalah yang tercetusdahulu, timbul sekali lagi pada masa ini. Malaysia telah pun melalui sejarah pahitmanis yang dilalui sepanjang terbentuknya federasi ini pada pertengahan abad ke-20.Sememangnya sejarah memberi cerminan tentang bagaimana hikmah di sebalik suatukejadian mampu memberi kesan kepada rakyat kini. Antara sejarah tersebuttermasuklah wabak virus Covid-19, yang akan menghantui rakyat negara ini dalamtempoh yang panjang. Walaupun begitu, masih ada lagi impak positif yang dapatdisaksikan oleh rakyat Malaysia di sebalik kacau bilau sistem ekonomi negara tahunini. Perkara ini dapat dilihat melalui kerjasama yang erat antara pekerja barisanhadapan dengan masyarakat amnya. Secara ringkasnya, barisan hadapan inimerangkumi mereka yang perlu menghadapi risiko jangkitan virus dalam pekerjaanmereka. Pekerja barisan hadapan ini termasuklah dari sektor kesihatan, keselamatan,keusahawanan, pendidikan dan sebagainya. Walaupun penutupan hampir semuainstitusi di seluruh negara diarahkan oleh pihak kerajaan pada musim PKP, lain pulahalnya dengan sesetengah institusi seperti institusi kesihatan. Bermula daripadalaporan kes pertama di Malaysia pada bulan Februari, institusi kesihatan sudah mulabersiap sedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Jumlah kes jangkitantempatan juga diramal akan memuncak berdasarkan analisis data yang dikumpulkanoleh pihak berkepentingan. Namun, ramalan ini meleset apabila Malaysia tidakmencatatkan kenaikan drastik dalam kes jangkitan tempatan dalam tempoh waktuyang dijangkakan. Hal ini sememangnya tidak dapat dicapai tanpa adanya bantuandaripada masyarakat keseluruhannya. Segala saranan yang telah dikeluarkan olehMajlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) telah dipatuhi oleh segenap masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun usia.Ditambah pula dengan sikap hormat yang ditunjukkan oleh semua rakyat terhadappekerja barisan hadapan ini menjadi batu asas kepada kesatuan yang sungguhistimewa. Keringat yang dicurahkan oleh pekerja barisan hadapan juga sentiasamendapat perhatian oleh masyarakat memandangkan mereka lah yang bertungkuslumus dalam memastikan penduduk negara ini tidak dijangkiti oleh wabak maut ini.Setelah tanggung jawab sebagai barisan hadapan telah diberi kepada seluruhmasyarakat juga telah mengangkat pekerja barisan hadapan sebagai kelompok yangmenyatu padukan rakyat Malaysia. Interaksi dua hala yang mampu difahami olehkedua-dua pihak menunjukkan hasil yang memberangsangkan sehingga sekatanpergerakan dapat dilonggarkan. Semangat muafakat yang ditonjolkan oleh rakyatMalaysia ini dibantu oleh kecekapan para pekerja barisan hadapan dalam menghadapikrisis terburuk negara sejak sedekad dahulu. Malah, pihak-pihak dari negara luarkagum dengan semangat kerjasama yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia di kalanegara-negara lain masih bergelut dengan fasiliti kesihatan yang penuh denganpesakit-pesakit setiap hari. Amatlah jelas bahawa kerjasama yang erat antara pekerjabarisan hadapan dan masyarakat telah diterjemahkan sebagai bentuk perpaduan yangtidak terperi pentingnya.


Memetik sepotong ayat dalam artikel Realiti Kepelbagaian Kaum Ke ArahPerpaduan Nasional Pasca Merdeka, tujuan penting dalam usaha membentuk sebuahnegara yang teguh dan kukuh dalam jangka masa yang panjang adalah melaluiperpaduan nasional yang terbentuk dalam sebuah negara yang berjaya. Perpaduannasional adalah satu perkara yang sering menjadi polemik kepada pemajmukan rakyatMalaysia yang berbilang kaum dan agama. Perpaduan itu sendiri kadang kala diujidengan dahsyat sekali sehingga membawa negara ke kancah kemusnahan. Sudah pastiperistiwa hitam 13 Mei masih lagi tidak boleh dipadamkan daripada ingatan rakyatnegara ini. Apabila disebut tentang perpaduan nasional, sosok yang amat acap kalidikaitkan adalah pemimpin-pemimpin kita sendiri. Pemimpin yang berwibawamemberikan manfaat kepada rakyat dan negara amnya sekali pun terpaksa menangkisserangan dugaan yang tidak henti. Apatah lagi, pemimpin juga berperanan sebagaipenyatu antara kelompok-kelompok masyarakat dalam mempertahankan negara.Sebagai salah satu negara yang mengamalkan sistem demokrasi, jurang sosial antarapemimpin dan rakyat harus dirapatkan dalam usaha menjadikan negara sentiasa amandan damai. Jika difokuskan pandangan kita kepada masa kini, tidak boleh disangkallagi wujudnya kefahaman antara pemimpin dan rakyat dalam mengharungi tahun iniyang agak berliku. Sikap dan tutur kata pemimpin yang baik boleh menguatkan lagiikatan silaturahim antara masyarakat yang sudah lama terjalin. Tidak kira siapa punpemimpin yang dipilih, pemimpin perlu memahami tugas yang dipikul oleh merekaamat berat sewaktu negara masih lagi terumbang-ambing mencari titik persamaanantara kaum. Kita dapat melihat sendiri bagaimana pemimpin yang dipilih oleh rakyatmenjadi sebab kepada kesepakatan antara rakyat dalam situasi yang sukar. Sebagaicontoh, ketika negara dikejutkan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada 18 Mac lalu, setiap rakyat seakan tidak keruan tentang bagaimana carauntuk mereka mengadaptasikannya secepat mungkin. Pasar raya diserbu sehinggahabis barang jualan ataupun dikenali sebagai pembelian panik berlaku di seluruhtempat. Para musafir yang berkelana di negara luar berpusu-pusu kembali ke tanah airmereka sebelum pintu sempadan negara ditutup. Situasi pada awal penguatkuasaansekatan perjalanan amat membimbangkan memandangkan negara pertama kalimelalui darurat kesihatan ini. Namun, kebijaksanaan pemimpin kita memperlihatkanpihak berkuasa dapat menenangkan rakyat yang menggelabah tentang kesan yangakan mereka hadapi daripada pelaksanaan PKP ini. Bantuan kewangan yang diberikandapat meleraikan kekusutan dalam minda rakyat dalam menampung beban kewanganyang tidak terhitung nilainya. Penghantaran pulang secara sistematik rakyat Malaysiadi luar negara pulang ke tanah air juga menggambarkan tahap kecekapan parapemimpin negara dalam kekalutan yang dunia perlu hadapi kini. Kecekapanpemimpin-pemimpin ini tidak lah berhasil jika tidak bersumberkan kepadakepercayaan rakyat kepada pemimpin. Keseluruhan rakyat bersatu hati meletakkansepenuh kepercayaan negara bagi menguruskan masalah negara ketika ini walaupunsituasi ini baru pertama kali berlaku pada negara. Kepercayaan rakyat itu menjadibukti kepada perpaduan yang dapat ditafsirkan oleh para pemimpin ke dalampenyelesaian yang tersusun dan tepat pada masanya.


Tiada yang lebih utama kepada sesebuah negara melainkan perpaduan rakyat negaratersebut. Tepatlah kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr MahathirMohamed bahawa " manusia yang lemah sekali pun, jika bersatu padu akan dapatmenggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan." Secara keseluruhan, kitatidak dapat nafikan kesan buruk yang terlalu teruk dialami oleh rakyat negara inikhususnya dalam sektor ekonomi dan sosial. Segala arahan yang dikeluarkan olehpihak kerajaan tidak lain hanyalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Setiap yangberlaku pasti ada hikmahnya dan begitulah jua dengan hubung kait situasi pada masaini. Tanpa kita sedari, ujian yang diturunkan oleh Ilahi ini berjaya menyatukan kitasemua. Baik perpaduan sesama rakyat, rakyat dan petugas barisan hadapan mahupunrakyat dan pemimpin, setiap individu memainkan peranan penting dalam membinasemula ekonomi negara semula seterusnya menggahkan semula nama Malaysia dimata dunia. Mungkin negara-negara maju lain dapat mempelajari serba sedikittentang bagaimana Malaysia mengendalikan wabak Covid-19 tahun ini. Bagaimananegara ini dapat mengelakkan keruntuhan sistem ekonomi negara secara keseluruhanmahupun rusuhan anti kerajaan seolah-olah terjawab dengan perpaduan rakyat kita.Bertemakan 'Malaysia Prihatin', sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia padatahun ini sentiasa diingati oleh setiap rakyat sebagi sambutan paling unik yang pernahkita rasai. Segala perkara daripada kes jangkitan harian sehingga kepada normabaharu sedang dan akan menjadi sebab utama mengapa kita perlu bersatu padu tanpamengira ujian yang mendatang kelak.




Comments


Brought to you by:

Thanks! Message sent.

LOGO 5.png
bottom of page