AKU SEORANG PEJUANG
- Nurul Ammara Lathifa binti Ahmed Hussien (IIUM)
- Sep 15, 2020
- 7 min read
Setiap makhluk yang dicipta di dunia ini pasti ada kisah hidup yang tersendiri.Bahkan haiwan yang tidak berakal juga punya kisah hidupnya.Inikan pula manusia,makhluk yang dicipta dengan sempurna.Kisah hidup sentiasa tercoret bagaikan penulis novel menulis karyanya.Dan ini kisah aku yang berjuang demi mencapai kejayaan yang diingini.Ini kisah aku,seorang pejuang.
Nama yang diberi Nurul Ammara Lathifa binti Ahmed Hussien.Umurku kini 25 tahun.Ayahku bernama Ahmed Hussien bin Arif dan ibuku Siti Aminah binti Khalid.Aku merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik-beradik.Aku mempunyai seorang abang iaitu Amir Azraf.Aku bukanlah insan yang berharta,malah aku boleh dikategorikan sebagai orang miskin.Ayahku seorang penoreh getah manakala ibuku hanya menjual sarapan di hadapan rumah setiap pagi.Aku selalu diejek di sekolah kerana aku ialah pelajar yang miskin.Selain Tuhan maha Esa,hanya rakan karibku,Nur Azrah menjadi peneman waktu dan tempatku mengadu.
Aku amat meminati sukan badminton.Aku mengidolakan pemain badminton nombor satu Negara,Datuk Lee Chong Wei.Pukulan mantap hasil kerjasamanya dengan raket,bukan sahaja mematahkan serangan pihak lawan malahan menarik hatiku untuk meminati sukan ini.
10 TAHUN LEPAS Pada suatu hari,aku ingin pergi ke kantin bersama Azrah.Kami melalui papan kenyataan di tepi pejabat.Mataku melirik ke papan itu,membaca kertas-kertas pengumuman yang ditampal hanya dengan sekilas pandang.Tiba-tiba,aku menjerit kecil.Mungkin juga agak kuat kerana Azrah sendiri terperanjat.Sambil mengurut dadanya,dia bertanya kepadaku apa yang membuat aku menjerit lalu jari telunjukku menunjuk kearah poster yang ditampal di papan kenyataan.Poster itu mengenai kelas badminton yang akan diadakan di sekolahku.Lalu Azrah bertanya kepadaku adakah aku mahu menyertai kelas itu lalu kepalaku diangguk.Azrah Mengajakku ke Pejabat untuk mengambil boring pendaftaran.
Sepulangnya kau ke rumah,aku terus meluru kearah ibuku tanpa membuka tudung dan meletakkan beg sekolah yang dipikul bagaikan guni yang diisi dengan batu seberat 50 kilogram.Tidak,aku bergurau.Tidaklah sehingga 50 kilogram tetapi boleh diumpamakan seperti itu.Ibu terus bertanya kepadaku apa yang membuatkan aku terlalu gembira lalu aku
menghulurkan kepada ibu borang pendaftaran untuk kelas badminton.Ibu yang sudah sedia maklum yang anak bongsunya ini amat meminati sukan badminton terus tersenyum.Mungkin memberi lampu hijau.
Tiba-tiba ayahku keluar dari bilik dengan berkopiah,mungkin baru lepas menunaikan solat Zohor.Ayahku bertanya siapa yang menjerit tadi lalu ibuku menunujuk kearahku.Ayahku bertanya kepadaku apa yang berlaku sehingga aku menjerit seperti kera kena belacan.Aku tergelak dengan gurauan ayah dan mengambil boring di tangan ibu lalu terus menghulurkan kertas yang bagiku amat berharga kepada ayah.
Dalam fikiran,hanya berdoa agar ayah bersetuju tetapi lain yang terjadi.Ayah tidak membenarkanku menyertai kelas itu!Permata jernih sudah bersedia untuk mengalir di kelopak mata.Alasan ayah,katanya peralatan untuk bermain badminton agak mahal dan ayah tidak punya duit untuk menyediakannya.Kelas itu pula tidak menyediakan peralatan kerana peralatan badminton di sekolah semuanya sudah rosak.Perangai lazim anak remaja,merajuk. Aku terus berlari ke dalam bilik dan menutup pintu.Atau boleh juga dikatakan meghempas.
Aku menangis dan menangis tanpa henti.Tiba-tiba,suara ibuku meminta kebenaran untuk masuk ke dalam bilikku.Belum lagi memberi kebenaran,ibuku terus masuk dengan dulang yang berisi sepinggan nasi dan semangkuk lauk.Aku tahu,ibu tidak perlu memnta kebenaran untuk masuk ke dalam bilik kerana dia mempunyai hak untuk memeriksa anaknya.Ibu menerangkan perkara sebenar kepadaku.Ayah kini terikat dengan hutang dan perlu membayarnya dengan segera.Aku hanya merenung ke luar tingkap,tetapi hatiku amat sedih kerana keadaan keluarga menghalangku mengejar cita-cita sejak dulu iaitu pemain badminton profesional.Ibuku meninggalkan dulang berisi nasi dan lauk itu di meja sebelah tilamku lalu terus melangkah keluar.
Malam itu selepas menunaikan solat Maghrib,aku terus masuk ke dalam bilik dan berkurung.Entah sehingga bila aku bercadang untuk berkelakuan seperti kebudak-budakan ini.Mungkin sehingga jalan untuk menyelesaikan masalah ini dijumpai.Sedang aku asyik termenung,tiba-tiba pintu bilikku dikuak dan kepala abangku terjegul dari luar,dan meminta izin untuk masuk.Bilik anak dara,mana boleh masuk sesuka hati.Aku yang amat merindui saat untuk berbual dengannya,memberi keizinan kepadanya untuk masuk.Abangku merupakan calon Sijil Peperiksaan Malaysia pada tahun ini.Jadi,jarang untuk melihatnya keluar dari bilik.Hanya belajar,belajar dan belajar.Makan juga kadang-kadang ibu akan
tolong hantarkan ke biliknya. Jadi,waktu yang berharga ini jika dilepaskan,rugi seumur hidup agaknya.
Abangku bertanya kepadaku mengenai masalahku.Aku berasa yang sebenarnya Abang Azfar sudah tahu mengenai masalahku tetapi hanya ingin mendengar dengan lebih jelas dan terperinci dari tuan punya badan sendiri.Aku pun menceritakan kepadanya dari mual hingga saat aku menghempas pintu bilik hingga kedengaran seperti mahu tercabut.Mujur masih kukuh.Bagaikan muncul mentol di atas kepala,setelah mendengar ceritaku abangku terus memetik jarinya tanda munculnya idea untuk menyelesaikan masalah yang bagiku seperti masalah global ini.Abangku memberitahu yang mungkin aku boleh bekerja selepas pada waktu sekolah seperti membasuh pinggan di mana-mana restoran.Dan upah kerja tersebut bolehlah aku gunakan untuk membeli raket dan bulu tangkis.Aku memandang ke arah abangku dan terus memeluknya,erat.Tuhan bagaikan menurunkan rahmatNya melalui abangku.
Keesokan harinya,aku memberitahu Azrah mengenai apa yang dibincangkan oleh aku dan Abang Azfar semalam juga aku menceritakan tentang maslasah ‘global’ku kepadanya.Azrah gembira kerana aku telah menjumpai jalan penyelesaian tetapi malangnya Azrah tidak dapat menyertaiku untuk bekerja kerana setiap petang selepas waktu sekolah,dia haru menghadiri tuisyen di pusat tuisyen berdekatan rumahnya.Aku berasa agak sedih.Abang Azfar juga tidak dapat mengikutiku oleh kerana jadualnya yang amat padat.Tetapi,aku takkan mengalah. Bukankah aku seorang pejuang?Biarpu keseorangan,semangat tetap membara.Doa dari mereka yang tersayang akan terus mengiringi perjalananku.
Petang itu juga selepas menukar baju dan menunaikan solat Zohor,Aku terus memulakan misiku.Aku menyalam tangan ibuku dan terus melangkah keluar.Bismillah diucapkan di bibir,agar perjalananku sentiasa dilindungi dan dirahmatiNya.Aku memulakan dengan restoran berdekatan dengan jalan raya berdekatan kampungku.Tujuh restoran sudah kumasuk, sekadar mencuba nasib.Malangnya,masih tidak menjumpai apa-apa tawaran kerja kosong. Tidak kusangka,walaupun hanya kerja mencuci pinggan atau mengelap pinggan,susah juga hendak dicari.Patutlah kadar pengangguran di Malaysia kini agak tinggi.
Kini,aku mencuba nasib pula di restoran di kampong sebelah.Alhamdulillah,setelah kesebelas kedai aku menjejakkan kaki,akhirnya aku diterima bekerja di Restoran Hanani sebagai pencuci pinggan dengan diberi upah sebanyak RM15 sehari.Aku dibenarkan untuk memulakan khidmatku pada esok harinya.
Alhamdulillah,dalam masa seminggu aku berjaya untuk meraih sebanyak RM105.Sebanyak RM70 digunakan untuk memberi raket dan bulu tangkis dan bakinya digunakan untuk simpanan masa depan.Akhirnya,ayah menurunkan tanda tangannya di borang keramat itu.Mujurlah tarikh tutup pendaftaran belum tiba.Jikalau tidak,mungkin seluruh Sekolah Menengah Padang Jaya akan mengalami tsunami kecil. Tiba waktu yang paling ditunggu-tunggu.Aku merupakan orang pertama yang tiba di gelanggang badminton sekolahku.15 minit kemudian,semua ahli dan jurulatih sudah berada di gelanggang,Kami diberi penerangan mengenai apa itu badminton,sejarah dan cara bermain badminton.Setelah itu,kami memulakan kelas dengan berlatih cara untuk membuat pukulan hadapan.Kelas yang berlangsung selama dua jam berjalan dengan lancar.
Setelah enam bulan aku menyertai kelas itu,kini aku telah mahir teknik-teknik untuk menumpaskan pihak lawan dengan mudah.Aku merupakan antara pelajar yang paling handal didalam kelas ini.Sewaktu ingin pulang ke rumah selepas kelas,tiba-tiba jurulatih memanggilku.Beliau menawarku untuk menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Daerah Baling.Beliau juga berkata bahawa pertandingan diadakan untu mencari bakat-bakat baru untuk mewarnai arena badminton Negara.Kata beliau,aku cukup berpotensi untuk memenangi kerana kemahiran aku mengendali raket dan mencari peluang untuk menewaskan pihak lawan.Aku berasa amat teruja.Tetapi aku berkata bahawa aku akan meminta keizinan kepada ibu bapaku terlebih dahulu.Jurulatihku mengangguk tanda bersetuju dan memintaku memberi kata putus pada kelas seterusnya pada petang esok.
Pulangnya aku ke rumah dan tanpa berlengah,aku terus memberitahu ibu dan ayahku mengenai pertandingan itu.Tiada bantahan,ayah dan ibu bersetuju kerana sudah sedia maklum mengenai kebolehan baruku itu.Hampir-hampir aku ingin melompat hingga ke bumbung rumah,tetapi teringat akan rumahku itu ialah rumah kayu dan mungkin akan roboh dalam sekelip mata jikaku berbuat demikian,niatku itu dibatalkan.Esok,aku akan memberitahu jurulatihku datidak ketinggalan juga Azrah mengenai keputusan ibu dan ayahku.
Selepas membuat persediaan selama dua minggu,aku kini berada di kemuncaknya.Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba.Selepas menempuh tiga perlawanan mendebarkan,aku Berjaya melangkahkan kaki ke final.Giliranku kini tiba.Sebelum melangkah kaki ke arena,jurulatihku berpesan bahawa kegagalan bukan tanda kita jatuh,tetapi menolak kita untuk terus bangkit. Semangatku juga terus bangkit selepas mendengar kata-kata itu.Dengan bismillah,aku melangkah masuk ke arena.Hanya tuhan tahu apa yang bakal terjadi.Rasa tawakkal di dalam diri juga berusaha untuk mencapai kejayaan makin kuat dalam hati.
Aku berdiri dengan raket kesayangan di tangan kananku.Kata jurulatihku,lawanku ialah Naib Johan Pertandingan Badminton Peringkat Negeri Kedah tahun lepas.Semangatku bukan semakin luntur malah makin meninggi seperti Gunung Everest.Berlawan dengan mereka yang hebat,menguji tahap kebolehan kita.Bunyi wisel ditiup tanda perlawanan dimulakan menghentikan lamunanku.Dengan ucapan bismillah di bibir,aku membuat pukulan bagi memulakan permainan.
Ternyata tidak mudah untukku menewaskan pihak lawanku.Setiap kali kau menambah mata,dia juga mengejarku dengan menambah satu mata.Keadaan ini berlarutan hingga tiba- tiba dengan izin Tuhan,aku berjaya menambah dua mata berturut-turut.Kemenangan menjadi milikku.Aku membuat sujud syukur lalu terus berlari ke arah ibu dan bapaku yang juga hadir ke pertandingan itu.Aku memeluk mereka dengan erat.Permata jernih dari celah kelopak mataku mengalir lebat tanda kesyukuran.Habis basah kuyup tudung labuh ibu.Ibu dan ayah juga mengalirkan air mata.Mendengar namaku dipanggil untuk menerima hadiah pemenangtempat pertama,aku terus berlari ke atas pentas bagi menerima pingat kemenangan.Pingat emas di tangan dikucup lama.Inilah kejayaan pertamaku dalam arena ini.Aku memandang ke arah jurulatihku yang sedang menunjukkan tanda ‘bagus’ dengan ibu jarinya kepadaku.Aku tersenyum bangga.
Aku mewakili Baling ke Pertandingan Badminton Peringkat Negeri Kedah.Penat lelahku tidak sia-sia.Aku berjaya merangkul tempat pertama dan ini menandakan yang aku bakal mewakili Kedah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat kebangsaan.Bagaikan mimpi menjadi realiti,kini aku makin hampir untuk mencapai cita-citaku iaitu menjadi pemain badminton profesional.Aku dan jurulatihku bergerak ke Johor untuk merealisasikan impianku.Ibu dan ayah serta Abang Azfar tidak dapat pergi ke Johor kerana tiada kemudahan pengangkutan.Aku berasa agak sedih tetapi aku berjanji bahawa aku akan membawa pulang kejayaan buat mereka.Tuhan,bantulah aku bagi mengotakan janji keramatku ini.
Pertandingan yang diadakan selama tiga hari itu kini menemui penghujungnya.Aku berjaya merangkul tempat kedua.Tempat pertama berjaya dirangkul oleh pemain dari Pahang. Namanya Zulaikha As-Saadiah.Aku berasa agak sedih tetapi selepas diberitahu yang pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga akan pergi ke Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil bagi didaftarkan sebagai pemain badminton negara,aku bagai ingin pengsan.Impianku menjadi kenyataan.Di sana,pasti aku akan diajar pelbagai tips dan teknik untuk menjadikan diriku lebih mahir dalam bidang ini.Terima kasih Tuhan,banyak rahmat yang kau berikan kepadaku.Benar kata orang.susah dahulu senang kemudian.
10 TAHUN KEMUDIAN Aku kini bukanlah Ammara Lathifa yang dulu.Dulu,dia hanya budak kampung yang hanya hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Kini,dia ialah seorang atlet Negara yang berjaya dan dikenali sebagai antara pemain terbaik di dunia.Juga merupakan perangkul pingat emas selama 5 tahun berturut-turut di Sukan Olimpik.Terima kasih Allah,telah banyak rezeki yang kau limpahkan buatku.Inilah dia kisah seorang anak Malaysia yang pada mulanya tiada apa-apa untuk dibanggakan.Kini,namaku telah dikenali di serata dunia.Terima kasih buat mereka yang mendoakanku selama ini.Terutama buat ibu,ayah dan abangku yang tercinta.Tidak ketinggalan juga,Nur Azrah,Penguat semangatku.Ingatlah,jika kau merasakan yang kau gagal,kau tetap gagal.Tetapi,jika kau merasakan dirimu berjaya,kejayaan akan sentiasa berada di sekelilingmu.
Comments